Cantik??



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-R7NKm2nQrpPf3lXKw5QDjME38ACa-STteUVSEH0Xw1DnfIiV_tPRId-7VwWpX3e9LYrvy6-N7Ix5Z5O1TGXRJGQqmebLhwjd-wtD7F1qz5YArQcFsAbcLqN4m7BttdWYRv_ad_uSHUg/s1600/202025193328.jpg

Hari : Selasa
Tarikh : 21 December 2010
Masa : 2.04 petang




Semua manusia akan tertarik kepada benda atau perkara-perkara yang cantik.. apa tu cantik sebenarnya? Cantik pada wanita bagaimana?  C.A.N.T.I.K… Cantik tu subjektif kan? Ada orang rasa cantik tu bila  individu tuh ramping, kurus, kulitnya putih, x berjerawat, bla, bla, bla… Tapi bagi sesetengah orang, cantik tuh bila seorang individu tuh bersopan, bertutur guna perkataan baik-baik, hormat orang tua bla, bla bla… Hmm, senang cakap, cantik nie bergantung kepada perspektif individu la kan… Tengok la macam mna individu menilai kecantikan… Semua pun bole jadi cantik… Rambutnya, matanya, mulutnya, suaranya, badannya, kakinya, tangannya, kelembutannya,kesopanannya, keayuannya, agamanya,  semua la…
So, macam mana nak menilai kecantikan nie? Guna kilogram ke?  Kilometer ke? Susah betul nak menilai kecantikan… Sebab tak ada satu skala khas yang ditetapkan dalam menilai kecantikan manusia… Hmm, jadi, manusia sekarang  terpengaruh dengan agenda-agenda kecantikan yang dibawa oleh semua jenama-jenama produk kecantikan, produk-produk kelansingan , beraneka pakaian, yang semacam nenentukan bahawa cantik itu bergantung kepada wajah yang mulus, cerah, badan yang langsing, pakaian yang bergaya dan seksi… Betul ke penilaian macam nie? Layakkah “kecantikan” wanita diukur hanya berdasarkan beberapa faktor ini sahaja?
Kalau kita tengok sekarang pun, wanita- wanita zaman sekarang dah mula terjebak dan terpengaruh dengan agenda kecantikan yang dibawa oleh “mereka-mereka” yang hanya inginkan keuntungan.. So, cantik pun dah mula dijadikan sebagai satu alat untuk mendapatkan keuntungan… Mula la semua wanita-wanita berlumba-lumba nak dapatkan kulit yang cerah dan berseri-seri, badan yang langsing macam kerengga, baju yang seksi… Sampaikan sanggup menghabiskan ratusan malahan ribuan ringgit dan juga sanggup menghadapi berbagai jenis pembedahan yang sangat-sangat menyakitkan hanya untuk perkara-perkara yang membolehkan mereka tampak cantik dimata orang lain….
Persoalannya, kat sini, berbaloikah semua ini hanya untuk mendapatkan skala “kecantikan” yang disetkan oleh manusia semata-mata?  Faktor luaran semata-mata? Adilkah penilaian macam nie bagi mereka yang tak punya kualiti kecantikan yang disetkan tu? Pernah tak persoalan-persoalan nie timbul dalam pemikiran kita? Mari kita letak sekejap perspektif kecantikan yang kita ada sekarang nie dan tengok ke Negara-negara lain macam Afrika.. Di sana, seorang wanita yang akan berkhawin, akan diletakkan dalam satu bilik dimana wanita tersebut akan diberi makanan yang sangat banyak dan harus tidur di atas lantai TANPA tilam yang empuk… Kenapa? Kerana bagi mereka, lagi gemuk wanita tersebut maka, lagi cantiklah wanita tersebut… Dan baru-baru nie, dikatakan, wanita-wanita di benua Afrika juga sering menggayakan aksesori tradisional mereka iaitu pelbagai aksesori daripada manik untuk menarik perhatian lelaki.. Hmmmm…..
Itu cuma salah satu contoh yang menunjukan masih ada manusia yang menilai kecantikan bukan dari aspek yang telah dibincangkan kat atas tadi… Tapi, manusia-manusia yang sebegini akan dilabel tak bertamadun dan tak mengikut peredaran masa la kononnya… Adilkah begitu?  Dari satu aspek yang lain, macam mana pula dengan mereka-mereka yang dilabel sebagai “TIDAK CANTIK” atau bahasa kasarnya “HODOH” oleh sesetengah manusia? Haruskah mereka juga turut tunduk kepada skala kecantikan yang ditetapkan nie? Mula lah mereka menjauhkan diri dari orang… Merasakan “kekurangan” mereka sebagai beban dan mula menyalahkan orang-orang sebagai alasan keatas “kekurangan” mereka, serta mula berasa rendah diri dengan keadaan mereka… Sehinggakan semua kelebihan yang Allah kurniakan kepada mereka dilenyapkan, dikurung hanya kerana satu faktor iaitu “kecantikan”….
Ya, golongan yang kalah kepada kecantikan ini akan berkata “senanglah cakap, kalau tak kena, mana nak tau apa yang kami rasa”. Hakikatnya, tidak ada apa yang perlu dimalukan, tidak ada apa yang perlu direndahkan… Satu kekurangan bukanlah bermakna tidak punya sebarang kelebihan… Allah itu maha adil… Satu kekurangan ditutupi dengan seribu satu kelebihan yang kita tidak sedari.. Bagaimana mungkin kita mengetahui semua kelebihan yang kita ada sedangkan kita hanya berselindung disebalik satu kekurangan kecil yang kita ada… Jadi, tidak perlu gentar dengan persepsi kecantikan manusia diluar sana… Mereka juga manusia biasa… 
Bagaimana pula dengan kecantikan dalaman? Kecantikan dalaman? Apa itu? Hmm… Ini lah salah satu bentuk kecantikan yang sekarang hampir dilupakan dalam menilai kecantikan itu sendiri… Ya, segala macam kecantikan yang tidak boleh dinilai oleh mata kasar manusia.. Sebaliknya harus dinilai melalui hati nurani dan akal yang sihat… Sifat-sifat dan nilai-nilai murni kehidupan yang dulunya menjadi pegangan utama nenek moyang serta ibu bapa kita dalam menetukan kecantikan… Seharusnya, kecantikan jenis ini yang harus diutamakan dalam menilai kecantikan.. Manusia kini lalai dalam menilai kecantikan… Hanya sekadar memerhati apa yang ingin dilihatnya sahaja…
Siapa yang harus disalahkan dalam hal CANTIK ini? Media? Pengusaha produk dan perkhidmatan? Ibu bapa? Peredaran masa? Diri sendiri? Tidak perlu kita mencari salah siapa… Sebaliknya, mencari jalan peyelesaian supaya pengertian ‘kecantikan wanita’ tidak lagi terikat kepada satu aspek sahaja tetapi mengubah perspektif kecantikan itu kepada sesuatu yang lebih, bukan sekadar kecantikan luaran semata-mata…
Jadi, bagaimana kita mengubah makna kecantikan yang kini telah disalah ertikan?  Hmm… semuanya berumula dengan diri kita… Sayangi diri sendiri seadanya… Tidak perlu membanding beza dengan individu yang lain… Kerana kita adalah individu yang berbeza.. Pedulikan apa kata orang… Kecantikan bukanlah satu-satunya perkara yang perlu kita kejar di dunia ini… Masih banyak perkara lain yang perlu dilakukan sebagai memenuhi tuntutan hidup kita… Hargai diri yang telah dipinjamkan kepada kita… tidak semestinya harus menjadi CANTIK, asalkan sihat, cergas, dan kemas… Harus diingat, bukan semua wanita cantik adalah sihat… Cantik itu tidak semestinya cantik luaran sahaja.. Harus dalaman nya juga…  Semuanya bermula dengan DIRI KITA….
Masih banyak isu yang boleh dikait dengan dengan KECANTIKAN.. Tapi, dengan masa yang sedikit nie, setakat ini sahaja coretan saya.. Yang selebihnya, saya pasti anda dapat menilai dengan sendiri…

*** saya ingin memohon maaf sekiranya ada pihak-pihak yang tersinggung dengan coretan ini.. Coretan ini sekadar pandangan peribadi dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa sama ada hidup mahupun mati.. sekiranya ada, ianya sekadar kebetulan… sekian wassalam….
-sara whitesnake-




Comments

Popular posts from this blog

Promoting Mental Health Awareness

Jelly Fish??