mutiara kata

setiap manusia punya keunikan diri sendiri.. jangan lah mengeji diri hanya kerana satu kekurangan yang kecil.. fikirkan beribu kelebihan yang anda ada berbading kelemahan yang sekuman cuma...

Wednesday, 31 May 2017


                                                             Picture Credit : Google images

That is how I feel right now. Hollow. Empty. Lost
All this negativity. It is consuming. Wounding.
But why?
I’m not sure. I just don’t know.
It just felt hollow.

I feel like going for a long sleep.
Where everything will seem fine
Where sky is no limit
I can glide to the deepest mountain
Soar towards the infinite sky
Swim to the deepest ocean
Where there is joy. Happiness. Love.
All the positivity.

What is it that I need? say you.
I need to get away. Leave. Heal.
How? Say you.
Love. Support. Hope.
That will keep any man on earth to keep going. Living.

-Sara_Whitesnake-
01st June 2017

Monday, 5 December 2016

Tea time~~ People watching during tea time is always fun!

Sunday, 31 July 2011

Nikah....

“ Apabila malam-malam sudah terasa sepi berbanding malam-malam sebelumnya,
Apabila hangat persahabatan tidak lagi cukup bagi mencurah rasa hati,
Apabila hati mendambakan pelindung dan pemberi motivasi pada saat diri ini lemah,
Apabila hati cenderung dan berasa tenteram disisi berlainan jenisnya,
Apakah yang dicari selain pernikahan?? ”

Kata-kata nie dihantar oleh seorang sahabat yang sgt-sgt saya sayang… Kata-kata nie amat terkesan dihati saya..  Benar sekali yang dikatakan nya… perkongsian yang sangat bermakna bagi saya….  So, saya kongsi dgn korang semua.. harap dpt juga dimanfaatkan......

Saturday, 30 July 2011

Menetapkan Matlamat.....

Assalamualaikum w.b.t..

Hari nie saya nak menulis pasal M.A.T.L.A.M.A.T…  kenapa saya pilih topic matlamat??? Al-kisahnya, masa balik cuti pertengahan semester baru-baru nie, tengah belek-belek almari buku terjumpa pulak buku modul pembinaan karakter masa di PLKN dulu… Selak punya selak, terjumpa topic nie, menetapkan matlamat… Saya pasti ramai diantara kita yang selalunya matlamatnya banyak, nak buat itu, nak buat ini, tapi semua tak menjadi… So entry hari nie, saya nak kongsi pengalaman dan pengetahuan yang saya berlajar dulu dalam menetapkan matlamat semasa di PLKN…

Jadi, dalam menetapkan matlamat, kita bukan saja-saja boleh cakap mulut, tapi  jugak perlukan komitmen yang tinggi dalam menjalankan matlamat kita… Tentunya akan ada perlbagai rintangan dan juga halangan dalam kita mencapai matlamat yang telah kita tetapkan.. Ada beberapa langkah penting yang perlu kita buat semasa menetapkan matlamat yang ingin kita capai…

        Tulis/catatkan matlamat yang kita ingin capai dalam satu kertas yang besar dan tampalkan di tempat yang senang kita lihat untuk mengingatkan kita tentang matlamat yang ingin kita capai… dah tahu tu, nak tulis apa?? Tak kan nak tulis matlamat semata-mata???

1.     Ok, dalam hal nie, kita boleh gunakan 4W, 1HApa pulak benda alah nie?? 4W yang mewakili What, When, Why, Who dan 1H yang mewakili How… 

a.     WHAT: tuiskan apa matlamat kita… Sebagai contoh,
ü     Kurangkan berat badan sebanyak 3kg  (perlu diingat, matlamat perlu jelas, yang boleh dicapai, jangan hanya seperti “kurangkan berat badan” yang tidak spesifik dan tidak menyeluruh

b.      WHEN : tuliskan dalam jangka masa bila kita ingin mencapai matlamat tersebut
ü     Dalam masa 3 bulan
ü     1kg sebulan
ü     Bermula 8 Ogos 2011

c.      WHY : Tuliskan kenapa kita perlu mencapai matlamat tersebut..
ü     Menyertai akademi bola sepak
ü     Menjadi penari professional
ü     Buktikan saya boleh melakukannya
ü     Menambah keyakinan pada diri
ü     Membuat ibu bapa saya bangga

d.     WHO  :  Tuliskan siapa yang ingin disertakan/ atau dijadikan sebagai penasihat. Digalakkan memberitahu matlamat ini kepada seseorang tidak kiralah, kawan-kawan, ibu bapa, saudara mara dan sebagainya.  Catitkan sekali peranan setiap individu mahupun kumpulan yang terlibat dalam merealisasikan matlamat..
ü     Kawan sebagai jurulatih
ü     Ibubapa sebagai sokongan
ü     Doktor untuk merancang kesihatan
ü     Rakan untuk mengingatkan tabiat pemakanan saya

e.      HOW Tuliskan bagaimana hendak mencapai matlamat tersebut..
ü     Jangan makan selepas pukul 8 malam
ü     Roti hanya 2 kali seminggu
ü     Bersenam 3 kali seminggu untuk satu jam
ü     Berjalan ke tempat kerja/kampus
ü     Minta kawan melatih saya

2.     Setelah kita menulis semua ini secara detail , seterusnya, kita perlu merangkan apa cabaran yang bakal dihadapi dalam mencapai matlamat kita,… Tulislah sebanyak mungkin cabaran yang kita bakal hadapi.. Ini untuk membuatkan kita bersedia dalam menghadapi cabaran yang akan dating dalam kita ingin mencapai matlamat kita.

3.     Seterusnya, senaraikan penyelesaian-penyelesaian yang boleh kita ambil dalam menghadapi cabaran yang telah kita tulis sebentar tadi… Sekiranya kita tidak dapat mencari penyelesaian kepada cabaran yang telah ditulis,.. rujuklah pakar ataupun orang yang dapat membantu kita dalam mencari penyelesaian kepada permasalahan tersebut…

4.     Seterusnya, apa jua yang kita lakukan, haruslah diiringi dengan doa kepada Allah supaya dipermudahkan, dan juga memberikankita kekuatan dalam mencapai matlamat yang ingin kita capai….

So, saya berharap, dengan perkongsian ini dapatlah membantu korang semua dan jugak diri saya sendiri dalam menetap dan mencapai matlamat yang diinginkan dalam hidup….. Semoga ia bermanfaat kepada korang dan juga saya sendiri.. Wallahuallam… Assalamualaikum….. J

-mendung pelangi-
10.17 malam
24/7/2011



Friday, 8 July 2011

Kisah Seorang Ibu….




“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.
Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.
Masa terus berlalu…
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.
Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayahkanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Setahun berlalu…
“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasarendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itumasih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak.
“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunyamengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”
P/s : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.
Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah “SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU”, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnyaada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..

Bila Teknologi terlalu Moden.....

Biler Teknologi Terlalu Moden


Rakaman Percakapan telepon pesanan Pizza tahun 2020

       Operator   : terima kasih anda telah menghubungi Pizza
                         Hot, boleh saya bantu ....
       Pelanggan : heloo,saya nak pesan pizza
       Operator   : Saya perlukan no I/C encik untuk memproses
                         permohonan seterusnya.
       Pelanggan : OK, sekejap. No nya : 790615-08-5331
       Operator   : Ok Encik Rahmat ,berumur 41 tahun, encik
                         tinggal di Jalan Hang Tuah no.16, Seksyen 18/34D, Shah
                         Alam. nombor telefon rumah :
                         03 77726378, No pejabat : 03 51912870 ext 999 dan no
                         telefon bimbit anda 016-6666222 ,encik menelefon dari mana ?
       Pelanggan : dari rumah, eh dari mana kamu tahu semua no tel saya ?
       Operator   : Oh, kami dihubungkan terus ke database pusat.
       Pelanggan : Oklah, saya nak pesan Seafood Pizza - pekej family
       Operator   : Itu bukan idea yang bagus encik
       Pelanggan : kenapa pulak ?
       Operator   : Dari medical record cik , encik memiliki tekanan darah tinggi dan  kolesterol yang berlebihan dari paras normal.
       Pelanggan : Jadi awak rekemenkan apa ?
       Operator   : Mungkin encik boleh pesan Low Fat Hokkien Mee Pizza
       Pelanggan : Erm, macamana kalau saya tak suka pilihan tu?
       Operator   : Hmmm minggu lalu pakcik baru
                         pinjam buku yang berjudul " Popular Hokkien Dishes"dari
                         perpustakaan negara di Jalan Tun Razak.
       Pelanggan : Ok lah. Ikut jek la. So, berapa harga
                         pekej family yg sayapesan tadi?
       Operator   : Tapi pekej family kami takkan
                         cukup untuk anak encik yang berjumlah 7
                         orang .., jumlah keseluruhan adalah RM80.00
       Pelanggan : Takpe, cukup tu. Ok Saya akan bayar dengan kad Visa saya.
       Operator   : Owh, saya rasa encik patut bayar cash sebab had limit kad
                         Visa pakcik dah tamat dan ada outstanding bil di
                         Maybank sebanyak RM4050.00 sejak
                         bulan Ogos lalu , itu belum termasuk caj denda untuk
                         tunggakan bayaran bulan rumah encik.
       Pelanggan : Uih? Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit sebelum
                         penghantar pizza sampai , ke rumah saya.
      Operator    : Owh, rasanya pilihan itupun tak mungkin sebab rekod akaun
                         encik dalam kesemua empat bank
                         iaitu Maybank, BCB, Ambank dan Public Bank menunjukkan
                         baki kurang dari RM1.00
       Pelanggan : Cis! Sudahlah! Hantar aja la pizza tuh,
                         saya bayar cash kat sini.
                         berapa lama Pizza akan di hantar ?
        Operator  : sekitar 45 minit encik, tapi kalau
                         encik rasa terlalu lama dan tak suka menunggu, encik
                         boleh ambil sendiri dengan motor kapcai pakcik.
       Pelanggan : APA ????
       Operator   : Menurut catatan kami, encik
                         memiliki motor kapcai tahun 2015 dengan no pendaftaran
                         BWW 2114 betul kan pakcik ?
       Pelanggan : Cis! Melampau betul! Celaka gile. Sape bagi bukak rekod
                         org lain sesuka hati ni? ada yg nak kena belasah ni??!!,
       Operator   : Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan.
                         Takkan encik dah lupa tarikh 15 Mei 2010 pakcik pernah
                         kena tahan lokap sebulan
                         sebab bercakap kasar dan cuba menyerang seorang polis
                         di Plaza ALam Sentral, Shah Alam.
       Pelanggan : (Terdiamm....)
       Operator   : Ada nak tambah yang lain encik ?
       Pelanggan : Takde, eh tapi kalau pesan pakej
                         family ada percuma 2 botol coca cola kan ?
       Operator   : Betul encik, tapi menurut catatan
                         kami encik ada juga mengidap DIABETES, jadi kami
                         tidak mau mengambil sebarang risiko.....
       Pelanggan : KURANG AJAR!!!!!!!!!!!!!!! BATALKAN SAJA SEMUA !
       Operator   : Terima kasih atas panggilan pesanan encik,
                         untuk sebarang komen, kritikan dan pandangan, encik
                         boleh mengisi form online pada website kami,username
                         dan passwordnya tercetak pada bahagian bawah
                         kotak pizza yang encik pesan... terima kasih
                         kerana telah menghubungi Pizza Hot......

Monday, 4 July 2011

Sepi, sunyi, sendiri

sedangkan langit lagi mendung,
sedangkan awan lagi menangis,
sedangkan pelangi menyembunyikan diri,
sedangkan mentari mahu menyendiri,
sedangkan angin berdiam diri,
sedangkan seluruh alam menyepi,
bisakah aku keriangan bernyanyi??
aku turut sepi,
sunyi,
sendiri
hanya kosong tanpa arti........

-sarah-
05/07/2011

hepi hamster