Menetapkan Matlamat.....
Assalamualaikum w.b.t.. Hari nie saya nak menulis pasal M.A.T.L.A.M.A.T… kenapa saya pilih topic matlamat??? Al-kisahnya, masa balik cuti pertengahan semester baru-baru nie, tengah belek-belek almari buku terjumpa pulak buku modul pembinaan karakter masa di PLKN dulu… Selak punya selak, terjumpa topic nie, menetapkan matlamat… Saya pasti ramai diantara kita yang selalunya matlamatnya banyak, nak buat itu, nak buat ini, tapi semua tak menjadi… So entry hari nie, saya nak kongsi pengalaman dan pengetahuan yang saya berlajar dulu dalam menetapkan matlamat semasa di PLKN… Jadi, dalam menetapkan matlamat, kita bukan saja-saja boleh cakap mulut, tapi jugak perlukan komitmen yang tinggi dalam menjalankan matlamat kita… Tentunya akan ada perlbagai rintangan dan juga halangan dalam kita mencapai matlamat yang telah kita tetapkan.. Ada beberapa langkah penting yang perlu kita buat semasa menetapkan matlamat yang ingin kita capai… Tulis/catatkan matlamat...